Wednesday, January 18, 2012

Ambil peluang ini dan belajarlah...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

1 .Segala puji bagi ALLAH S.W.T dengan tamatnya Mesyuarat Tahunan Cawangan kali-4 yang lalu maka telah bermulalah sesi kepimpinan yang baru bagi Persatuan PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) yang kita dokong selama ini. Dengan rasminya segala gerak kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan menjadi fokus utama setiap Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) yang terpilih dalam memastikan kualiti perkhimatan persatuan kita ini meningkat dari semasa ke semasa.

2. Sudah tentu, setiap manusia yang berada di muka bumi ini dikurniakan dengan bakat dan minat yang berbeza. Sudah tentu tidak molek dan tidak cantik untuk membiarkan bakat dan minat yang terpendam dibiarkan terkubur begitu sahaja. Pelbagai kemahiran seperti kemahiran berorganisasi, kemahiran berkomunikasi dan lain- lain kemahiran perlu dibentuk dan disuburkan di dalam setiap diri mahasiswa-mahasiswi Iskandariah. Hal ini amat penting untuk kita semua dalam menghadapi suasana alam perkerjaan yang sudah tentu lebih mencabar dan pengalaman yang diperolehi semasa belajar dapat membantu kita kelak.

3. Di atas kesedaran ini, pimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2012/2013 melihat akan peri pentingnya pembentukkan semua ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah di dalam setiap bidang. Oleh itu, persatuan kita kali ini akan mengambil satu langkah untuk menyediakan medium untuk kita menyumbangkan tenaga dan idea melalui PROGRAM PENCARIAN AJK bagi setiap unit di dalam PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

4. Untuk pengetahuan semua , PERUBATAN Cawangan Iskandariah mempunyai 7 unit yang bergerak seiring dan sejalan dalam memacu setiap gerak kerja PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Tujuh unit tersebut ialah :

· Unit Pembangunan Insan
· Unit Penerbitan dan Penerangan
· Unit Kebajikan
· Unit Ekonomi
· Unit Sukan dan Aktiviti Luar
· Unit Perumahan
· Unit Akademik

5.Oleh itu, saya menyeru agar seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah mengambil peluang untuk melibatkan diri dan menyahut seruan untuk berbakti ini. Jadikanlah peluang yang ada ini untuk kita belajar dan memperbaiki diri agar kita menjadi lebih baik daripada semalam. Hubungilah Ketua Unit dan Timbalan Ketua Unit bagi unit yang diminati untuk menawarkan diri dan InsyaALLAH ganjaran daripada ALLAH S.W.T bersama-bersama dengan semua.

Waalahualam.


undefined

0 analisis: