Wednesday, January 18, 2012

Ambil peluang ini dan belajarlah...

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

1 .Segala puji bagi ALLAH S.W.T dengan tamatnya Mesyuarat Tahunan Cawangan kali-4 yang lalu maka telah bermulalah sesi kepimpinan yang baru bagi Persatuan PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) yang kita dokong selama ini. Dengan rasminya segala gerak kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan menjadi fokus utama setiap Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) yang terpilih dalam memastikan kualiti perkhimatan persatuan kita ini meningkat dari semasa ke semasa.

2. Sudah tentu, setiap manusia yang berada di muka bumi ini dikurniakan dengan bakat dan minat yang berbeza. Sudah tentu tidak molek dan tidak cantik untuk membiarkan bakat dan minat yang terpendam dibiarkan terkubur begitu sahaja. Pelbagai kemahiran seperti kemahiran berorganisasi, kemahiran berkomunikasi dan lain- lain kemahiran perlu dibentuk dan disuburkan di dalam setiap diri mahasiswa-mahasiswi Iskandariah. Hal ini amat penting untuk kita semua dalam menghadapi suasana alam perkerjaan yang sudah tentu lebih mencabar dan pengalaman yang diperolehi semasa belajar dapat membantu kita kelak.

3. Di atas kesedaran ini, pimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2012/2013 melihat akan peri pentingnya pembentukkan semua ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah di dalam setiap bidang. Oleh itu, persatuan kita kali ini akan mengambil satu langkah untuk menyediakan medium untuk kita menyumbangkan tenaga dan idea melalui PROGRAM PENCARIAN AJK bagi setiap unit di dalam PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

4. Untuk pengetahuan semua , PERUBATAN Cawangan Iskandariah mempunyai 7 unit yang bergerak seiring dan sejalan dalam memacu setiap gerak kerja PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Tujuh unit tersebut ialah :

· Unit Pembangunan Insan
· Unit Penerbitan dan Penerangan
· Unit Kebajikan
· Unit Ekonomi
· Unit Sukan dan Aktiviti Luar
· Unit Perumahan
· Unit Akademik

5.Oleh itu, saya menyeru agar seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah mengambil peluang untuk melibatkan diri dan menyahut seruan untuk berbakti ini. Jadikanlah peluang yang ada ini untuk kita belajar dan memperbaiki diri agar kita menjadi lebih baik daripada semalam. Hubungilah Ketua Unit dan Timbalan Ketua Unit bagi unit yang diminati untuk menawarkan diri dan InsyaALLAH ganjaran daripada ALLAH S.W.T bersama-bersama dengan semua.

Waalahualam.


undefined

Thursday, January 20, 2011

Jalan yang dipilih.



Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya,
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-ku, dan masuklah ke dalam syurga-ku.

Seruan kematian berkumandang lagi,
Ingatlah diri-mu hanyalah pinjaman Illahi,
Jauh sekali dunia ini kau miliki,
Adakah hatimu masih lagi dikaburi,

Adakah kamu masih terleka dengan nikmat dunia,
Yang pasti kadang-kadang kau terlupa,
bahawa kau adalah musafir sementara,
Yang pasti akan berhijrah jua.
Ketempat yang belum pasti nasib di sana,

Tatkala hitam merehatkan kehidupan,
Muncul si putih menghembuskan semangat perjuangan,
Perlahan-lahan ia menghakis sisa kehidupan,
Sudahkah bersedia temui Tuhan?

Sebentang tanah yang tidak lekang kau pijaki ,
Kelak didalamnya pasti tertambus diri,
Dari tanah kau diperbuat dan kepada tanah jualah kau kembali,
Masihkah kau tidak sedari?
Masih leka terumbang ambing dalam dunia yang kau ciptakan sendiri.

Aduh dunia
mengapa kau masih menjeratku?
Mengapa aku masih tidak dapat melupakan kemanisanmu?
Mengapa hatiku dibuai-buai syahdu,
Terperangkap dengan kelajuan waktu,
Sedang disana akhirat memangilku,
Yang pasti aku tetap kesana bila diseru.

Tapi ,
Sejauh mana persediaan aku dalam perjalanan?
Yang pasti lebih panjang,

Sudah tentu destinasi terakhir adalah ditentukan oleh jalan mana yang kita pilih sewaktu di dunia.
SYURGA ATAU NERAKA.

JADI JALAN APA YANG AKU PILIH?




Al-Imam Ibnu 'Athoillah As-Sakandari di dalam kitabnya Al-Hikam
"Tanamlah dirimu ke dalam tanah yang gersang, sesungguhnya apa-apa yang tumbuh daripada sesuatu yang tidak ditanam, maka tidak sempurnalah natijahnya"

Saturday, December 18, 2010

Exam Fever 5


Sehari-hari ke Moua'sah,
Dari asrama mencari teksi,
Peperiksaan telah lama menjegah,
Semoga cukup kelengkapan diri.

Pergi ke Moua'sah menaiki teksi,
Teksi dibayar dibahagi dua,
Solat berjemaah jangan pernah dilupai,
Mudah diberkati ALLAH dan dimakbulkan doa.

Sesudah pulang dari belajar,
Rehat sebentar mengambil udara,
Usah risau usah gentar,
Jika sudah bersiap siaga.

Hidup ini adalah ujian,
Tanda sayang dari Illahi,
Sentiasa Ingat ALLAH dalam kesusahan,
Jangan lupa bila senang nanti.

Baru sebentar mencari
teksi,
Teksi dibayar dengan duit kertas,
Jangan lupa menjaga hati,
Takut-takut menjadi keras.
Ya ALLAH, semoga hati-hati ini kuat dalam kesusahan mencari nur dalam agama-MU.
Bimbinglah diri-diri ini agar tidak terjebak dalam lembah maksiat yang dimurkai,
Tempatkanlah kaki-kaki kami ini didalam jalan perjuangan-MU dan teguhkanlah ia,
Supaya kami tidak tersungkur dalam ujian dunia-Mu ini,
dan semoga kami dapat terlepas dari kemurkaan-MU.

Ya ALLAH, semoga hati ini rindu sentiasa pada-Mu,
hilangkan rasa kasih kami pada dunia,
dan tempatkanlah hati kami ini untuk sentiasa berada dalam matlamat yang Satu,
Semoga diberikan kekuatan.


Monday, August 2, 2010

Zaman highway bukan lorong.

Umat Islam hari ini sudah jauh ketinggalan di dalam segala aspek. Ketinggalan dari segi ilmu mahupun dan juga dari segi material. Malah dari sudut pemikiran kita juga semakin menurun. Salah siapa?


OUT-DATED MUSLIM

Mungkin sudah budaya kita,takut pada perubahan. Di dalam kehidupan seharian , kita sering didengarkan tentang kegagalan orang dalam mencuba.Ini tak boleh, itu tak boleh. Semua tidak boleh.


Jika kita lihat demensi dunia sekarang. Masyarakat Islam khususnya sudah terlalu banyak membuang masa dan tenaga kepada sesuatu perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada kemajuan umat.

Kita mengejar sesuatu yang tidak mendatangkan sebarang faedah bagi kemajuan diri kita dan seterusnya masyarakat. Sebagai contoh seorang mahasiswi akan berasa malu jika fesyen pakaian kita tidak mengikut arus semasa tetapi tidak sedikit pun terasa malu jika ilmu dirinya tidak bertambah. Jarang sekali melihat kelibat dirinya dimajlis-majlis pengajian sekerap kehadirannya di pusat membeli belah.

baby comel surat khabar budak kecilup-to-date

Istilah out-dated atau ketinggalan zaman tidak selayaknya diletakkan pada arus semasa hiburan atau gadjet terbaru di pasaran. Tetapi perlulah diletakkan pada suatu jalan yang sebetulnya. Iaitu jalan ilmu pengetahuan.

Jadi apabila umat menyibukkan diri dalam sesuatu benda yang tidak berfaedah hasilnya kemunduran dan kejahilan akan semakin berleluasa. Natijahnya , sebarang masalah akan diselesaikan dengan mengikut fikiran orang tua-tua (mengikut adat) tanpa merujuk sumber yang terbesar Al-quran dan As-sunnah.

Memahami sesuatu zaman dan persekitaran semasa amat penting di dalam pengerakkan Islam. Pengetahun dalam kajian semasa amatlah penting kepada individu yang bergelar muslim. Hal ini kerana semakin lama dunia akan berubah dan bertambah maju, jadi dengan itu minda yang ketinggalan zaman tidak mudah untuk menjadikan kita lebih berjaya.

Dr Yosuf Qardawi di dalam buku karangan beliau ' al-Itjihad fi as syariat al-Islamiyah menukilkan,

"Pada zaman ini, antara faktor yang memberi kesan dalam menentukan pendapat yang lebih kuat berbanding dengan yang lainnya adalah ilmu pengetahuan yang dimiliki pada hari ini yang belum ada pada zaman ahli fikah terdahulu."

Jadi sebolehnya hendaklah kita menjadi pemburu ilmu bukan menjadi penunggu ilmu.

Istilah selorong.

'Nanti sampai ke ke tempat belajar buat macam yang kamu buat sebelum ini, ingat matlamat biar selorong, buat satu-satu sampai habis baru fikirkan benda lain,'

'Jangan buat benda itu, nanti masa terkejar-kejar , apa yang diambil berguguran yang dikejar tidak kesampaian.''

Jika kita lihat pada zaman sekarang,umat Islam sekarang telah ketandusan para illmuwan dan cendiakawan yang pasti amat berperanan dalam membangunkan Islam itu sendiri. Namun sekali, lagi minda kita telah terdidik untuk tidak menjebakkan diri di dalam pelbagai bidang. Bagi diri kita cukuplah untuk menumpukan diri didalam satu bidang yang telah diceburinya.Mungkin sebab itu lahirlah istilah selorong.

Seolah menjadi tabu untuk mengerak langkah untuk melebarkan sayap ilmu dan pengetahuan. Ketakutan untuk mengembangkan kebolehan dan keupayaan untuk terus maju menjadikan seseorang itu tidak mahu berubah. Dunia seorang penuntut itu amat luas dan tidak bersempadan. Banyak ruang-ruang ilmu yang perlu diterokai.

Masih relevantkan istilah selorong ketika ini?

Bidang-bidang seperti kejuruteraan,perubatan,ekonomi, dan pentadbiran jika dipelajari seiring dengan pengetahuan agama akan menjadi satu nilai tambah kepada seseorang yang bergelar pendakwah.

Bukan setakat itu sahaja, skill untuk hidup juga perlu dipertambahkan dari masa ke semasa. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berkaunseling, kemahiran membuat keputusan, dan kemahiran keibubapaan merupakan sebahagian contoh kemahiran yang perlu dipelajari dalam menjadi seseorang yang berjaya. Semua kemahiran ini perlulah digilap dari semasa ke semasa. Bukan dipelajari setelah memegang segulung ijazah. Akibatnya pertumbuhan akan menjadi semakin lambat dan terbantut.

Jika istilah selorong ini terus ditanam diminda setiap orang terutamanya mahasiswa, maka akan lahirlah perasaan inferior (rendah diri) di dalam diri. Hasilnya, ketumbuhan intelek akan berada didalam pertumbahan yang statik.

Sudah tentu ibu-bapa,adik beradik dan kaum keluarga terdekat amat memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk jiwa dan minda anak-anak sejak kecil. Anak-anak yang dikongkong dan ditakutkan dengan kegagalan,keperitan atau kesedihan oleh manusia terdekat dengan diri mereka tidak akan mengembangkan potensi yang tersembunyi di dalam diri.

Kita lihat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W sendiri, Nabi Muhammad S.A.W amat bijak memainkan peranan dalam membentuk jati diri pemuda pada zaman baginda sehinggakan melahirkan pemuda yang kuat didalam segala aspek. Sebagai contoh seorang sahabat Nabi yang bernama Usamah telah dilantik untuk mengetuai angkatan perang menuju ke Palestin dimana ketika itu Usamah baru berumur 20 tahun. Kepercayaan dan keyakinan Nabi Muhammad S.A.W berjaya membentuk jati diri manusia untuk menjadi lebih hebat.

Zaman sekarang semakin laju. Sudah tentu kita tidak mahu ketingalan dalam era kemajuan ini. Ditambah pula pada dengan dugaan dan bahaya karat jahiliah yang semakin teruk melanda ketika ini. Lihat sahaja bangunan semakin mencakar langit, tetapi minda dan cara pemikiran masyarakat masih lagi tidak membangun malah makin menurun.


paul judi bola sepak world cup
(contoh semakin menurunnya tahap pemikiran manusia )

Anak-anak perlulah didedahkan dengan ranjau kehidupan sejak mereka di bangku sekolah lagi. Perhatikan bakat mereka, kembangkan dan gilap. Tidak perlu ditakutkan anak-anak dengan herdikan dan ejekan jika mereka gagal. Tetapi berilah mereka semangat untuk memperbaiki diri sendiri. Mana ada manusia yang terus berlari sejak lahir?

Dimana ada kemahuan di situ ada highway..